di saat aku merasakan pengkhianatan ke atas cinta
di waktu aku hilang percaya pada manusia..
mataku..dan tanganku menular mencari ibu..
aku rindu..untuk baring di paha ibu adalah sesuatu yang aku sangat rindu
ada dia aku bahagia..
untuk mulut ini merasa kembali air tangannya, aku sanggup tukar dengan kesenangan dunia
akan ku berikan nyawa semata-mata untuk dimarahi dan dipukul oleh dia
aku rindu leterannya..aku rindu untuk mengurut dia
kepada dunia yang membuatkan aku percaya bahawa cinta itu racun,
dan kepercayan itu palsu,
terima kasih atas layanan kamu,
kamu berjaya membuatkan anak tiada ibu ini menangis
teruskanlah bercerita..
teruskan mempergunakan aku
maafkan aku kerana percaya kepada kamu..
maafkan aku kerana sayang pada kamu walau sebagai keluarga, kekasih mahupun sahabat..
Tuesday, May 15, 2012
cinta+rindu+percaya+dendam
Labels: hardship isn't sweet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment