CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 10, 2011

NORMALITI

betul ke orang cakap sedangkan lidah lagi tergigit??? ni kan pula adik beradik yang sedarah sedaging?? bagiku adik beradik sepatutnya saling menyokong antara satu sama lain, saling menolong pabila ada yang memerlukan..aku bersyukur masih dikurniakan keluarga..tapi adakah ini juga satu ujian?? walaupun ada keluarga kadang-kala aku mengharapkan aku dilahirkan dalam keluarga lain..Ya Allah, sungguh tidak bersyukur hambamu ini...

Ya Allah, sesungguhnya bukan aku tidak bersyukur, namum aku sungguh sedih apabila ahli keluarga sendiri tidak bersatu, tidak saling menyokong antara satu sama lain, saling bertikam lidah menyalahkan antara satu sama lain..mengungkit sumbangan masing-masing..Ya Allah sungguh bagiku ini bukan la sebuah keluarga yang harmoni...sungguh aku semakin banyak berdosa jika terus berada dalam keluarga sebegini..

Ya Allah, mungkin juga aku yang bersalah, mungkin juga masa depanku belum tentu cerah namun aku mengharap Ya Allah agar KAU permudahkan juga jalanku agar aku tidak lagi menjadi beban keluarga, tidak lagi menjadi penyebab pertelingkahan adik-beradik yang lain..

sesungguhnya mereka menganggap aku sebagai beban, beban yang menyusahkan mereka

apa perasaan anda bila anda tahu rupa-rupanya anda adalah beban kepada keluarga?? pilunya hatiku..wahai adik-beradikku, jika aku adalah beban, mengapa tidak kalian katakan dari awal..perjelaskan dengan baik agar aku faham dan berhenti menjadi beban..sesungguhnya aku juga tidak mahu menjadi beban, aku juga pernah terfikir untuk berhenti belajar agar tidak lagi menjadi beban dan jika itu adalah yang terbaik, akan aku tunaikan ia..

wahai adik-beradikku, aku tahu aku mungkin banyak meminta, namun berilah aku peluang sementara aku masih di rantauan menuntut ilmu..

andainya kalian tahu, niatku setelah aku berjaya nanti adalah untuk menyenangkan kalian, aku ingin memanjakan kalian dengan kemewahan..tapi itu bukan sekarang kerana aku masih berjuang..

fahamilah aku, berikan aku masa..bila sampai masanya, aku harap kalian tersenyum gembira dengan pembalasan jasamu daripada ku...

kepada PAPA..maafkan ude jika ude lukakan hati papa..ude tahu ude banyak meyusahkan papa sepanjang tempoh ude menutut ilmu,,tapi berikan ude masa

satu hari nanti, ude pasti membahagiakan papa..itu janji ude pada TUHAN

kepada hatiku..kuatkanlah semangat..anggap ini dugaan..aku tahu cabaran hidupmu kadang-kadang melemahkan dirimu namun kau kuat sebenarnya kerana kau masoh selamat..rajinlah dan bahagialah kerana jalan ada untukmu..

sesungguhnya TUHAN itu MAHA ADIL..