hujan..kelam malam..sunyi tiada bunyi..
bintang tiada, bulan bersembunyi, langit menagis
bawah hujan, dia berjalan, menangis juga agaknya
meratapi nasib malang, “baik aku mati je”
setan juga berbisik “ko memang tak berguna, baik ko mati je, bukan ada orang kisah dengan ko, menyusahkan orang..”
ahhhh kata-kata setan itu sungguh biadab, rasa mahu ditampar muka setan itu, namun itulah hakikat..
dia tidak punya emas permata, hodoh bak kodok, badan nan pokok pisang..bodoh bak keldai..menyusahkan orang berkali-kali..memang tiada guna dia di dunia ini lagi..
tapi, kemudian hujan berhenti, azan pagi bernyanyi..owhhh subuh sudah..
teringat dia kepada seseorang, yang bertanggungjawab menggumpal tanah membentuk dirinya..TUHAN..
lantas hatinya bagai dibuka, bersih dan ringan, azan itu hiburannya, dadah kepada kesakitannya
yaaa…ALLAH itu ada..tidak tidur dan maha melihat air mata disebalik ritihan hujan..dia sedar, segar dan syukur..sekurang-kurangnya dia bukan sepenuhnya loser..masih berhutang kepada TUHAN yang perlu dibayar dengan segala kudrat yang ada..bukan dengan terjun bangunan bak kata setan
tapi harus berusaha dengan tulang 4 kerat, membuktikan yang dia bukan loser lagi..
0 comments:
Post a Comment